Hari ni kat sekolah, pihak Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu program sempena Maal Hijrah 1429 H. Pada asalnya, pihak penganjur nak wat bubur asyura...sehinggalah, bila di'meeting'kan kali ke2, cancel sbb maybe budak kurang makan, n sape la yg nk wat dr pagi ke lewat petang. Huhu...sian Ustazah. Sbb masa undian dibuat, Fini dh ckp x kisah memana...Fini mmg x gemar n x makan asyura tp Mak suka. Jd, kalau nk wat pun x pe. Tapi our GB lebih berat ke bubur lambuk. Ikut la memana pun. Janji objektif program tercapai.
Yg nin pelancaran program, tp smlm pg dilancarkan semasa perhimpunan pagi. Pihak sekolah pakat2 minta pelajar sumbangkan se pot beras. Pihak guru dan pekerja menyumbangkan dari segi kewangan dan tenaga. Bukannya x leh nk beli beras, tp nak maklumkan kpd pelajar ttg semangat berkongsi dan bekerjasama. Biar mereka tau tujuan dan konsep hijrah tu sekali. Tp acara memasaknya rini.
Yg nin, gmbr di'snap' sbb sekali ngan program RIMUP; pelajar OA .
Td pagi, kelas Fini mula jam 8.50-10.20 pg...sblum rehat la. Pagi Fini n Ustazah pi beli n angkut gas. Pastu tlg la akak2 ni dok potong kangkung. Semalam dah kopek ikan bilis. =) Thanks to Kak Ani, Kak Lah n Kak Ita, pekerja swasta kami yg sudi membantu kelancaran program ni. Maklumla kami tetap kena jalankan PnP, jd masa senggang je menolong, selebihnya akak ber3 ni yg bnyk wat keje.
Cik Midah kita ni betul2 jd tukang 'kacau' ek? Hehe, takle, sowi Midah...bagus2 kacau lagi.
Erm, ni la ahli Panitia Pendidikan Islam; 2org je. Tapi kami besanya, kalau SKM ni, maklumla kurang murid, kurang juga guru, sume panitia pun wat kerja sama, cuma panitia ni kepala la kiranya.
Dah sudah masak, kita pack2...utk sesi makan2 di kantin sblum balik dr sekolah.


Erm, erk..alhamdulillah...budak2 ni ada yg x nak makan sbb nak bawa balik utk mak. Ada yg cerdik sket, makan bg habis, tambah lagi...leh bawa balik. Hehe, kuat makan. Alhamdulillah cukup n siap leh tambah, kami bimbang je 2 periuk tak cukup. =)
Sampai di sini, program lain pula yg akan menyusul nti. Tadi pun ada merentas desa, wakil SKEN Harfifi dan Zulikhwan (L), Danisa dan Ariana (P); guru pengiring Cikgu Azhar & Sir Nazri. Result? sok kita pi tanya, k?









No comments:
Post a Comment